Assalamulaikum wbr...
Tarikh : 13 Februari 2013
Hari : Isnin
Alhamdulillah, hari ini banyak yang aku telah lakukan. Mudah-mudahan semua tindakan dan amal ku mendapat Keberkatan dari Allah swt.
Setiap detik waktu yang berlalu memberikan nikmat sama ada tersurat atau tersirat. Bergantung kepada kita sendiri untuk menilai dan mengambil peluang detik itu sebagai suatu pengalaman yang berharga untuk diri.
Firman Allah dalam Al-Quran,
"Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" [Surah Al-Asr' Ayat 1-3]
Oleh itu, aku kategorikan entry ini kepada beberapa bahagian:
1-Akademik
Hari ni hanya ada kelas UNGS 2040k sahaja iaitu pada jam 9.30 am sehingga 11.00 am. Aku pergi kelas on time tapi tak ingat pula kelas dah berpindah ke Main Audi. Mundar mandir aku cari kelas kat A117, kelas sebelum ni.
Mujurlah Kak Yong bagitahu aku kelas di Main Audi setelah aku telefon dia. :-) Kelas Dr Razak memang best. Belajar tentang 'Knowledge'. Apa itu Ma'rifah dan Ilm. Aku kemukakan dua persoalan kepada dr iaitu:
1- Why we are crying when we are born..?? It that Ilm or Ma'rifah as well...
2- The term 'Inkar' (Denial) are refusal acknowlege truth or something we don't want to know. How about refusal the false..?? That is called 'Inkar' as well...??
Alhamdulillah, entah kenapa aku berasa seronok berada dalam kelas ini sehinggakan berani untuk kemukakan persoalan. :-p
2-Ibadah
Bab ibadah, Alhamdulillah. Aku masih istiqamah solat fardhu awal waktu berjemaah di surau. Semoga aku terus istiqamah dalam bab ini. Ameen
3-Belanjawan
Aku belanja tak banyak hari ni. Aku breakfast pun dengan biskut dan air radix jer. Then, lunch aku makan nasi dengan ikan keli kat cafe Tabari RM3.20. Tapi aku ada beli air Ice Tea (RM2.00) dan roti (RM0.70).
Aku dinner murah jer, Khai belikan aku telur dadar RM1 sambil aku tanak nasi dan makan dengan serunding daging, ikan bilis goreng berlaukkan kicap manis. hehe Best wooo.
4-Hal-hal lain
Kiteorang bermain futsal di atas track di Stadium UIA. Ramai giler main, hampir 20 orang. Sport Complex budak-budak Farmasi guna untuk Interbatch diorang.
Aku tidur 2 jam jer, dari 1.30 am sehingga 3.30 am. Sebab tengok bola UCL REAL vs MANU. Tapi aku sempat solat tahajud jap dan buat Quacker Oat. Aku sahur untuk puasa esok hari.
Sekian, jumpa lagi esok hari.
Kucer,
At-Tabari, Kuantan
No comments:
Post a Comment