05 February, 2013

Epilog: Tarbiah 5 Februari

Assalamulaikum wbr...

Tarikh : 5 Februari 2013
Hari    : Selasa

Alhamdulillah, hari ini banyak yang aku telah lakukan. Mudah-mudahan semua tindakan dan amal ku mendapat Keberkatan dari Allah swt. 

Setiap detik waktu yang berlalu memberikan nikmat sama ada tersurat atau tersirat. Bergantung kepada kita sendiri untuk menilai dan mengambil peluang detik itu sebagai suatu pengalaman yang berharga untuk diri.

Firman Allah dalam Al-Quran, 

"Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" [Surah Al-Asr' Ayat 1-3] 

 Oleh itu, aku kategorikan entry ini kepada beberapa bahagian: 

1-Akademik

Hari dah mula kelas, jam 8.30 pagi dah ada kelas Bahasa Melayu (LM2026k) dan kelas Biochemistry (SBT 1231). Kelas BM dijalankan di Main Audi oleh Dr Chee Kok Cee. 

Pertama kali belajara BM di UIA ni rasa kelakar lah plak. Seriously macam lawak bila lidah kena bercakap bahasa baku. Kelas hari ni adalah untuk pembahagian kumpulan sahaja.

Kelas Biochem yang dijadualkan ditunda sebab Dr Linda tiada di UIA.  

2-Ibadah

Alhamdulillah, aku solat fardhu penuh di Surau dari Subuh sehinggalah Isyak. Semoga aku terus istiqamah, amin.
 

3-Belanjawan

Belanjawan hari ni aku lupa nak catit. So aku tak ingat sangat. Tapi anggaran aku dalam RM10 untuk makan sahaja. Pembelanjaan aku di Tunas Manja lebih kurang RM30.00. Aku beli kicap, sabun basuh, biskut, berus gigi. hehe
 

4-Hal-hal lain


Hari ni kali pertama main futsal di POLO untuk semester II ni. Banyak juga aku sumbat gol. Ada gol yang aku gelecek sampai beberapa orang. haha Terbaik lah NIKE GATO.  
 
Sekian, jumpa lagi esok hari.

Kucer, 
At-Tabari, Kuantan    


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...