04 February, 2013

Epilog: Tarbiah 4 Februari

Assalamulaikum wbr...

Tarikh : 4 Februari 2013
Hari    : Isnin

Alhamdulillah, hari ini banyak yang aku telah lakukan. Mudah-mudahan semua tindakan dan amal ku mendapat Keberkatan dari Allah swt.

Setiap detik waktu yang berlalu memberikan nikmat sama ada tersurat atau tersirat. Bergantung kepada kita sendiri untuk menilai dan mengambil peluang detik itu sebagai suatu pengalaman yang berharga untuk diri.

Firman Allah dalam Al-Quran,
"Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" [Surah Al-Asr' Ayat 1-3]

 Oleh itu, aku kategorikan entry ini kepada beberapa bahagian:

1-Akademik

Hari ini hari pertama sepatutnya kelas bermula tapi entah ada entah tidak. Kami pergi ke Kulliyah of Science dengan semangat berkobar-kobar. Pukul 10 pagi kami dah terpacak di kelas A133 menantikan lecturer untuk kelas Biochemistry. 

Tunggu punya tunggu, Dr Linda tak dapat hadir sebab 'On Leave'. Jadi, kelas pun batal. hehee
  
2-Ibadah

Alhamdulillah, aku penuh solat lima waktu di Surau. Cuma Subuh tadi aku tk dengar azan. Selepas Muaz kejut baru terbangun, tu pun masa iqamah. 

3-Belanjawan

Selepas subuh, Khai ajak pergi breakfast di Pak Lah. Aku makan roti canai double dan teh tarik. Semua RM3 sahaja. Tengah hari makan di cafe tabari berharga RM3 juga. Dinner aku, Khai, Muaz Z, Syed, Hakem makan di Restoran Sofiya IM 8. Aku makan nasi goreng pattaya dan air bandung. Semua berjumlah RM6.80. Untuk hari ni, banyak sikit aku belanja. huhuks
 
4-Hal-hal lain

Aku pertama kali mencuba kasut NIKE GATO di UIA. Kami main futsal di court bawah di Sport Complex. Ramai yang main walaupun court kecil dan tiada gol. Aku skor 2 gol. Terbaik.

Sekian, jumpa lagi esok hari.

Kucer, 
At-Tabari, Kuantan    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...