07 February, 2013

Epilog: Tarbiah 7 Februari



Assalamulaikum wbr...

Tarikh : 7 Februari 2013
Hari    : Khamis

Alhamdulillah, hari ini banyak yang aku telah lakukan. Mudah-mudahan semua tindakan dan amal ku mendapat Keberkatan dari Allah swt.

Setiap detik waktu yang berlalu memberikan nikmat sama ada tersurat atau tersirat. Bergantung kepada kita sendiri untuk menilai dan mengambil peluang detik itu sebagai suatu pengalaman yang berharga untuk diri.

Firman Allah dalam Al-Quran,

"Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" [Surah Al-Asr' Ayat 1-3] 

 Oleh itu, aku kategorikan entry ini kepada beberapa bahagian:

1-Akademik

Hari ni aku penat sikit, jam 8.30 pagi dah mula kelas BM di Main Audi. Dr dah ngajar subjek BM sikit. Pengenalan kepada BM itu sendiri. Selepas itu, kelas Biostatistic oleh Dr Mustafizur Rahman di Lab Orkid.

Sebenarnya kelas untuk section 2 petang Jumaat. Oleh kerna aku tak nak kelas petang Jumaat so aku kekal je dalam kelas section 1 ni. Selepas kelas aku mohon Dr benarkan aku masuk section 1. Alhamdulillah, Dr dan Kak Siti terima jer. :-)

Biostatistic pun belajar benda basic tapi kelas 3 jam amat memenatkan fikiran aku untuk berfikrah. Seriously rasa penat sangat2.

2-Ibadah

Alhamdulillah, Subuh, Zohor aku solat di Surau pada awal waktu. Cuma waktu Asar sahaja yang aku tertidur. Selepas jam 5.30 pm baru aku solat. Huhuks

3-Belanjawan

Tengah hari aku tak makan, padahal ingat nak puasa tapi tak bangun sahur pula. Petang tu order daging masak merah jer sambil nasi Khai tanak. Besttt!!

4-Hal-hal lain

Nothing to say... esok balik kampung!!

Sekian, jumpa lagi esok hari.

Kucer, 
At-Tabari, Kuantan    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...