03 February, 2013

Epilog: Tarbiah 3 Februari 2013

Assalamulaikum wbr...

Tarikh : 3 Februari 2013

Hari    : Ahad

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari pertama aku melangkah ke UIA Kuantan untuk semester II 12/13. Taman Budi dan Ilmu ini aku jejak sejak pukul 1.30 petang tadi. Kepulangan aku di sini dengan menumpang kereta Hanif yang menuju ke UIA Gombak. Terima kasih sahabatku.

Alhamdulillah, hari ini banyak yang aku telah lakukan. Mudah-mudahan semua tindakan dan amal ku mendapat Keberkatan dari Allah swt.

Setiap detik waktu yang berlalu memberikan nikmat sama ada tersurat atau tersirat. Bergantung kepada kita sendiri untuk menilai dan mengambil peluang detik itu sebagai suatu pengalaman yang berharga untuk diri.

Firman Allah dalam Al-Quran,
"Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" [Surah Al-Asr' Ayat 1-3]

 Oleh itu, aku kategorikan entry ini kepada beberapa bahagian:

1-Akademik

Oleh kerana hari pertama di sini, aku memang tak sentuh buku lah. Aku sempat mengemas bilik cantik-cantik je tadi. Sungguh aku rindu dengan tarbiah di sini.

2-Ibadah

Aku tiba di UIA selepas azan Zohor, justeru aku hanya solat zohor di bilik sahaja keseorangan. Khai keluar entah ke mana. Sahabat lain belum sampai lagi. Aku solat pun lepas siap kemas bilik dan mandi.
 
3-Belanjawan

Aku bagi RM10 untuk duit minyak dan RM5 untuk duit makanan Amy. Dinner aku makan di Sekilau selepas meronda-ronda di bandar Kuantan dengan Muaz Z, Hakeem, Muhaimin, Syed dan Kamil. Mee goreng basah dan laici kang berharga RM6.80. Itu jer aku belanja hari ini.
 
4-Hal-hal lain

Nothing to say.
 
Sekian, jumpa lagi esok hari.

Kucer, 
At-Tabari, Kuantan    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...