06 February, 2013

Epilog: Tarbiah 6 Februari



Assalamulaikum wbr...

Tarikh : 6 Februari
Hari    : Rabu

Alhamdulillah, hari ini banyak yang aku telah lakukan. Mudah-mudahan semua tindakan dan amal ku mendapat Keberkatan dari Allah swt.

Setiap detik waktu yang berlalu memberikan nikmat sama ada tersurat atau tersirat. Bergantung kepada kita sendiri untuk menilai dan mengambil peluang detik itu sebagai suatu pengalaman yang berharga untuk diri.

Firman Allah dalam Al-Quran,

"Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" [Surah Al-Asr' Ayat 1-3] 

 Oleh itu, aku kategorikan entry ini kepada beberapa bahagian:

1-Akademik

Hari ni kelas Ungs 2040k oleh Dr Razak jam 9.30-11.00 pagi. Namun kelas takde sebab Dr ada di Kuala Lumpur. Petang pula ada kelas Molecular Cell Biology (SBT 1232) oleh Dr Phang Ing Chia di ALT 2. Baasit cakap kelas mula jam 2.00 pm, rupa-rupanya mula jam 2.30 pm. Hehe

Petang tadi dah belajar MCB satu bab, perghhhh!! Masyuk beb. Lebih detail lagi tentang cell lah. Aku wajib 'score A' subjek ni sem ni. InsyaALLAH.

2-Ibadah

Alhamdulillah, aku solat penuh di awal waktu hari ni. 

3-Belanjawan

Pembelanjaan aku hari ni lupa sikit nak catit. Aku anggarkan dalam RM10 untuk makan sahaja.

4-Hal-hal lain

Meeting pertama batch untuk semester II ni selepas kelas Ungss tadi. Pertama kali di Sem II bermain badminton di Sport Complex dengan Khai dan Raja. Penat nak mampus. Haha Lima set kiteorang main, aku dengan Khai kalah 4 set. Macam ape jer kiteorang main.

Sekian, jumpa lagi esok hari.

Kucer, 
At-Tabari, Kuantan    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...