Assalamulaikum wbr...
Tarikh : 8 Februari 2013
Hari : Jumaat
Alhamdulillah, hari ini banyak yang aku telah lakukan. Mudah-mudahan semua tindakan dan amal ku mendapat Keberkatan dari Allah swt.
Setiap detik waktu yang berlalu memberikan nikmat sama ada tersurat atau tersirat. Bergantung kepada kita sendiri untuk menilai dan mengambil peluang detik itu sebagai suatu pengalaman yang berharga untuk diri.
Firman Allah dalam Al-Quran,
"Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" [Surah Al-Asr' Ayat 1-3]
Oleh itu, aku kategorikan entry ini kepada beberapa bahagian:
1-Akademik
Kelas pagi ni ialah Calculus for Biotechnology (SMS 1294) oleh Dr Suyardi dari Jawa, Indonesia. Kelas diadakan di AG 02 bermula jam 9.00 am sehingga 12 tengah hari sepatutnya. Tapi memandangkan ini kelas pertama, so hanya pengenalan sahaja.
Dr Ambil masa sejam untuk perkenalkan diri dan pengenalan kepada subjek ini. Aku minat calculus!!
2-Ibadah
Alhamdulillah, aku Solat Subuh berjemaah di surau. Solat Jumaat pertama di bumi UIA tidak kesampaian kerana aku dah bertolak pulang ke Kuala Terengganu jam 12.30 tengah hari dengan Najihah dan Amirah.
Aku solat Jumaat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah. Besar giler masjid dia. Seterusnya bila aku kat rumah, tau-tau je lah macam mane. Huhuks Sedih :'(
3-Belanjawan
Aku belanja untuk lunch kat Cafe Tabari RM3.00. Sepatutnya RM3.50 tapi aku bodek Kak Ti supaya kurangkan harga. Haha Aku cakap Kak Ti comel terus dia bagi RM3.00. Haha Then, aku bagi Jhah RM10.00 untuk duit minyak. Tu je lah... Kat rumah mana aku belanja.
4-Hal-hal lain
Alhamdulillah, aku selamat bercuti Raya Cina di rumah tapi ummi pula kena BTN di Langkawi. Sedih siot..!!
Sekian, jumpa lagi esok hari.
Kucer,
At-Tabari, Kuantan
No comments:
Post a Comment