14 February, 2013

Epilog: Tarbiah 14 Februari



Assalamulaikum wbr...

Tarikh : 14 Februari 2013
Hari    : Khamis

Alhamdulillah, hari ini banyak yang aku telah lakukan. Mudah-mudahan semua tindakan dan amal ku mendapat Keberkatan dari Allah swt.

Setiap detik waktu yang berlalu memberikan nikmat sama ada tersurat atau tersirat. Bergantung kepada kita sendiri untuk menilai dan mengambil peluang detik itu sebagai suatu pengalaman yang berharga untuk diri.

Firman Allah dalam Al-Quran,

"Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" [Surah Al-Asr' Ayat 1-3] 

 Oleh itu, aku kategorikan entry ini kepada beberapa bahagian:

1-Akademik

Hari ni 'Valentine Days' tapi kita sebagai orang Islam HARAM menyambutnya. :-) Berbalik kepada kelas, hari ni jam 8.30 am kelas BM. Dr ajar tentang Pengucapan Awam (Public Speaking).

Then, jam 10 am hingga 1 pm, Dr Mustafizur ajar Biostatistic tentang Graph & Data di Lab Orkid. Walaupun penat 3 jam kelas, alhamdulillah aku boleh tahan lagi sebab internet ada. haha Kite orang banyak buat graph je lah hari ni.

2-Ibadah

Alhamdulillah, oleh kerana ada bola pagi tadi. So aku bangun 3.30 am, sempat buat tahajud 2 rakaat jap. Then, aku buat 'quaker oat' sebab aku nak sahur puasa sunat hari Khamis.

Selepas bola habis, (Real 1-1 Man Utd) aku tunggu Subuh lu. Bab solat hari ni cuma Asar je lah aku tak sempat solat di musolla. Hanya solat di bilik dengan Khai. Aku imam sebab keluar pergi Tunas Manja jap selepas meeting batch. 

3-Belanjawan

Memandangkan aku puasa sunat hari ni, so aku tak belanja sangat. Hanya RM1 aku guna buat beli putik telinga kat 7e. Dinner aku makan nasi minyak yang diorang bagi selepas program Mawlid di KoP.

4-Hal-hal lain

Aku join persembahan Qasidah di surau KoP sempena Mawlid. Alhamdulillah. Sayu rasa hati. Moga aku istiqamah :-)

Memandangkan aku hanya sempat tidur 2 jam hari ni, kelas pack waktu pagi. Then lepas zohor ada meeting batch plak di Cf Bro sampai Asar.

Then, lepas tu baru aku tidur jap sampai kul 7 pm. Penat sungguh lah.

Tapi satu kejadian yang amat terkesan pabila aku telah memecahkan sebuah kepingan kaca alas meja di Lobi KoS. Sebab ada booth ARC, aku nak tulis nama tapi tertekan kaca tersebut lalu jatuh pecah berderai. Lihat gambar:


 Sekian, jumpa lagi esok hari.

Kucer, 
At-Tabari, Kuantan    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...